Bagaimana Mahu Mula Baca Kitab Tafsir al-Quran?
Ada pelbagai pendapat para ilmuan. Namun di sini saya simpulkan pendapat yang bagi saya cocok untuk penuntut ilmu di bidang Pengajian al-Quran.
Untuk permulaan baca Tafsir ni, ada 2 pendapat:
1. Pendapat dari tokoh yang kata baca terus kitab-kitab tafsir muktabar dan mutaqqaddimin.
Yang berpandangan sebegini ini ialah, Dr Musaid al-Tayyar dan al-Sharif Dr. Hatem al-Auni.
Kalau macam Dr. al-Tayyar, memang sejak degree beliau dah mula kan terus dengan Tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi.
2. Pendapat yang sarankan untuk mulakan dengan penulisan mu’asirin.
Ini adalah pendapat Dr. Abd al-Rahman al-Syihri. Beliau sarankan untuk mulakan dengan Tafsir yang mukhtasar, macam Tafsir al-Sa’di, al-Mukhtasar fi Al-Quran al-Karim (cetakan Markaz Tafsir).
Selepas tu baru mula dengan Tafsir Ibn Kathīr.
Jadi terpulang pada kita nak pilih yang mana satu mengikut kesesuaian dan kudrat kita.
Cuma cadangan yang lain, sebelum mulakan langkah, baca terlebih dahulu Muqaddimah fi Usul al-Tafsir oleh Ibn Taimiyah.
Dan lazimi dengan ceramah dari 2 orang tokoh ini: Dr al-Tayyar dan Dr al-Syihri.