BUKU-BUKU ULUM AL-QURAN ZAMAN BERZAMAN

Anas Bad Latif
2 min readJun 16, 2021

--

Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran, antara Buku di dalam bidang Ulum Al-Quran yang paling utama.

Pada penulisan sebelum ini saya ada mengeluarkan pendapat seorang tokoh tentang sejarah dan metodologi Para Ulama’ dalam menulis dan mengumpulkan Ulum Al-Quran. Apabila bercerita tentang Buku Ulum Al-Quran, maka yang dimaksudkan disini ialah buku yang mengumpulkan segala genap ilmu berkaitan Al-Quran, dari yang berkaitan wahyu sehinggalah berkaitan Usul Tafsir.

Ramai yang berpendapat, penulisan buku Ulum Al-Quran secara lengkap dan ensiklopedik bermula pada kurun ke-4 Hijrah. Namun, bila diteliti semula, Gerakan penulisan dan pembukuan Ulum Al-Quran telah bermula lebih awal dari itu.

Namun, kebanyakan buku Ulum Al-Quran yang telah disebut dan diceritakan oleh penulis buku-buku yang berbentuk bibliografi, adalah masih dalam berbentuk manuskrip, bahkan kebanyakannya mungkin telah hilang dan tidak sampai pada kita hari ini.

Dibawah ini adalah senarai Buku Ulum Al-Quran yang telah disebutkan dan juga khazanah yang sangat berharga di dalam bidang Al-Quran. Tetapi sayangnya sebahagiannya sudah hilang dan sebahagiannya masih lagi berbentuk manuskrip.

Maka, hajat yang ada di hati adalah untuk merancakkan lagi perbincangan semasa berkaitan Al-Quran dan mengenalkan sumber-sumber yang banyak dan pelbagai di dalam bidang ini. Senarai ini juga bukan bermaksud yang ini sahaja buku yang berkaitan Ulum Al-Quran. Mungkin disana ada banyak lagi buku yang telah ditulis namun tidak diketahui.

Semoga bermanfaat.

Senarai Ulum Al-Quran (1)
Senarai Ulum Al-Quran (2)
Senarai Ulum Al-Quran (3)
Senarai Buku Ulum Al-Quran (4)

--

--