Karya Hadis dan Kritikan Sosial dan Politik

Anas Bad Latif
3 min readJul 30, 2023

Karya terkini oleh Dr. Ahmad Snober

Sepanjang pengembaraan saya dalam menekuni isi penulisan ini, saya sering teringat akan kata-kata Sufyan al-Thauri: “Malaikat itu penjaga bagi di Langit. Ahl Hadith itu adalah penjaganya bagi di Bumi”.

Buku ini bukanlah sebuah kajian Takhrij al-Hadith yang biasa anda temui. Bahkan ia diadun dengan pengetahuan Geografi, Sejarah dan Falsafah Ilmu. Itulah saranan Dr Umar yang saya ingat sewaktu hadir ke kelas beliau, menadah Kitab al-Tamyiz Imam Muslim di Masjid al-Mukarramah. Saya jumpa saranan itu di dalam buku ini, bahkan hampir di setiap penulisan Dr Snober.

Penulisan ini amat menarik jiwa yang sentiasa ingin mematahkan usaha Orientalis yang tidak amanah. Kerana hajat penulis di dalam buku ini adalah untuk menyemak semula dakwaan Ignac Goldziher, Norman Calder, Christopher Melchert tentang Ahl Hadith adalah alat kerajaan untuk sebarkan hadith tentang fadilat latar dan salasilah keluarga mereka.

Yang amat mengharukan juga, Dr Ahmad Snober dilihat amat terkesan dengan kejujuran Harald Motzki yang benar-benar Insof (إنصاف) dengan sejarah keintelektualan Islam.

Oleh itu, penulis hanya mengkhususkan Hadith-hadith tentang Fadilat Ali Bin Abi Talib, al-Abbas Bin Abd al-Mutalib dan Muawiyah Bin Abi Sufyan. Maka, pada tesis awal buku ini: ‘adakah benar pada zaman Umawiyah telah tersebar banyak Hadis Fadilat Muawiyah?’ & ‘adakah benar pada zaman Abbasiah telah tersebar banyak Hadis Fadilat al-Abbas?’.

Bahkan sebaliknya, anda akan lihat Para jagoan Ahl Hadith amat berani dan teguh untuk mentajrihkan perawi yang menyebarkan hadith yang diragui berkenaan leluhur Umawiyah dan Abbasiah. Kebanyakan Ahl Hadith juga berada di Baghdad, Pusat Pemerintahan Abbasiah.

Hasilnya anda akan lihat data-data yang disediakan Penulis amat kuat untuk mematahkan hujah modernist semisal Muhammad Abu Rayah, Muhammad Amin, Muhammad Husin Haykal Mohamed Abed al-Jabri, dan Abd al-Jawwad Yasin.

Banyak sungguh point menarik yang ingin dikongsi lagi. Tapi takut orang kata potong stim pulak.

Cuma ada satu kisah yang wajar saya kongsi disini berkenaan perseteruan antara Bani Abbasiah (Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah) dan Bani Alawi (Muhammad al-Nafs al-Zakiyyah, cicit kepada al-Hasan dan piut kepada Ali).

al-Nafs al-Zakiyyah pernah mengutus surat kepada Sang Khalifah, di dalam surat itu beliau menyenaraikan kesemua Fadilat Ali RA yang tersangat banyak. Ini bagi menunjukkan keabsahan mereka sebagai waris yang paling layak pada tampuk Khilafah.

Apabila Abu Jaafar al-Mansur terbaca, dia balas semula, kamu punya keturunan dengan Nabi SAW itu semua belah ibu, jadi belah ibu dalam bab warisan mana ada apa-apa sangat.

Kami ni lebih layak, kami ni belah bapa. Jadi kami lebih layak untuk jadi Khalifah.

Bila baca depa semua ni bergaduh, saya rasa apalah sangat bila parti politik agama jual/guna dalil agama dan parti politik yang terpaling demokrasi jual modal rakyat.

Tapi zaman itu, tidak dapat dinafikan Ulama’ mereka sangat berani dan yang non-partisan sangat memainkan peranan.

Banyak benda yang boleh dipelajari dari buku ini. Rasa nak baca lagi dam terjemah je. Doakan ada hidayah dan inayah.

Sign up to discover human stories that deepen your understanding of the world.

Free

Distraction-free reading. No ads.

Organize your knowledge with lists and highlights.

Tell your story. Find your audience.

Membership

Read member-only stories

Support writers you read most

Earn money for your writing

Listen to audio narrations

Read offline with the Medium app

Anas Bad Latif
Anas Bad Latif

Written by Anas Bad Latif

Ulum Al-Quran | Usul Al-Tafsir | Tafsir Al-Quran

Responses (1)

Write a response