Anas Bad Latif
3 min readJul 30, 2023

Karya Manuskrip & Penuntut Ilmu

Selesai membaca karya ini. Ia adalah sebuah perjalanan kisah ilmu dan buku di Dunia Islam sejak kurun ke-18 Masihi sehingga ke penghujung kurun ke-20 Masihi.

Kurun ke-18 Masihi di belah Dunia Islam relatif dengan penjajahan Napoleon Bonaparte. Sang Emperor ini tidak datang ke Mesir dengan tentera sahaja, bahkan dengan segerombolan ilmuan, penulis dan pengumpul manuskrip langka.

Dari situlah bermula kisah sadis khazanah ilmu Islam dicuri dan dijual secara borong. Dikisahkan puluhan manuskrip telah dijual oleh rakyat yang miskin kerana hanya ingin membeli keperluan harian. Dijual pula dengan harga yang amat murah.

Sekitar waktu itu juga akan melalui satu pemandangan yang mengisahkan tentang rungutan Para Orientalis yang ditaja oleh pelbagai universiti elit dan hartawan persendirian. Rungutan mereka berkisarkan manuskrip yang langka itu tidak dijaga dengan baik oleh Para Muslimin. Kebanyakan manuskrip itu rosak dimakan ulat.

Namun, ada ilmuan Islam yang ketika itu mengkritik rungutan Orientalis ini dengan mengatakan, musibah ini terjadi oleh kerana penjajahan yang berlaku dan menyebabkan Kaum Muslimin terjerumus ke lembah kemiskinan.

Kemudian, pada kurun ke-19 Masihi muncul tokoh-tokoh yang boleh dikategorikan sebagai Golongan Islah, namun ada juga yang menggelarkan mereka sebagai Modernis, mungkin ini adalah istilah yang kurang tepat.

Yang paling masyhur dalam golongan ini ialah Muhammad Abduh, dengan jawatan Muftinya itu pelbagai karya manuskrip penting yang menongkah arus fasa taksub mazhab dapat dilahirkan dalam bentuk buku bercetak.

Namun sebelum adanya Abduh, ada sosok-sosok yang telah membuka ruang ini seperti Hasan al-Attar, Rifat Tahtawi, Abd Hamid Nafi' Bey, Ahmad Taymur, Ahmad al-Husaini Bek, Ahmad Zaki Pasha.

Mereka ini amat gigih dalam mengembara mencari manuskrip-manuskrip penting dalam keilmuan Islam. Mereka mengembara dari Yaman ke Turkey seterusnya melobi dengan hartawan Barat untuk menentukan lokasi manuskrip sebelum mendapatkannya.

Diceritakan juga, salah seorang dari mereka telah menggadaikan tanah seluas 10 hektar untuk membeli manuskrip dan melahirkannya dalam bentuk sebuah buku.

Kurun ke-19M adalah kurun yang ajaib, Kaherah benar-benar menunjukkan potensinya sebagai sebuah kota Metropolitan yang hebat. Terkadang terfikir, betulkah kurun ini kurun yang dibelenggu kemelut taasub dan jumud.

Kerana ada anekdot yang ajaib di sana mereka membuat satu konferens besar berkenaan OKU. Projek utama mereka adalah mencetak sebuah manuskrip yang ditulis oleh Salah al-Din b. Aybak al-Safadi yang bertajuk 'Nukat al-Himyan fi Nukat al-Umyan'.

Kemudian selepas mereka lahir pula generasi seperti Tahir al-Jazairi, Ahmad Shakir, Jamal al-Din al-Qasimi. Mereka ini benar-benar telah mengangkat mutu percetakan Muslim, setanding dengan ada yang di Barat.

Di tengah-tengah kemuncak perlawanan antara percetakan Muslim dan Barat, wujud satu persoalan, yang manakah lebih baik?

Jawaban bagi persoalan ini benar-benar terletak pada koleksi manuskrip yang berada diposisi kumpulan masing-masing.

Sebagai penuntut ilmu, kita seharusnya tidak memandang enteng tentang manuskrip. Kerana bidang manuskriplah yang menentukan pemahaman kita terhadap maksud penulis.

Baru-baru ini pelbagai cetakan bagi satu buah karya telah terbit. Lalu timbul perasaan dilemma dalam diri pembeli. Cetakan manakah yang patut dibeli.

Saya jadi teringat dengan anekdot Tahir al-Jazairi. Beliau adalah seorang yang amat pentingkan masa dan kecepatan hasil. Bagi beliau buku yang tercetak tidak perlu dihasilkan dengan begitu teliti dan rumit. Jadi hasilkan sahaja agar kesalahan yang berlaku dapat dibaiki pada masa depan. Yang penting hasilkan sebanyak mungkin karya yang baru.

Mungkin jika anda seperti Tahir al-Jazairi anda beli sahajalah mana-mana cetakan DKi atau Dar al-Hadis. 😁

Sign up to discover human stories that deepen your understanding of the world.

Free

Distraction-free reading. No ads.

Organize your knowledge with lists and highlights.

Tell your story. Find your audience.

Membership

Read member-only stories

Support writers you read most

Earn money for your writing

Listen to audio narrations

Read offline with the Medium app

Anas Bad Latif
Anas Bad Latif

Written by Anas Bad Latif

Ulum Al-Quran | Usul Al-Tafsir | Tafsir Al-Quran

No responses yet

Write a response