Ketika Pihak Pemerintah Palestin (PA) Lebih Mudah Angkat Senjata ke Atas Rakyat Palestin Berbanding ke Atas Israel.

Anas Bad Latif
4 min readJan 13, 2025
Rakan wartawan al-Marhumah Syaza al-Sabbagh

Sebelum dunia menjengah tahun baru 2025, kita telah dikejutkan dengan berita yang datang dari Tebing Barat, Palestin.

Seorang srikandi Palestin yang bernama Syaza al-Shabbagh, seorang mahasiswa dalam bidang kewartawanan telah syahid ditembak oleh sniper ketika beliau sedang membawa anak-anak saudara beliau ke kedai runcit untuk membeli coklat dan manisan.

Suasana kejadian ini telah diceritakan dengan agak jelas oleh Ummu al-Mu’tasim, bonda kepada al-Syahidah Syaza al-Sabbagh:

“Malam sebelum hari kejadian, Syaza, berjaga malam dan bercakap pada-ku: ‘malam ini kita akan berjaga sepanjang malam’. Kemudian beliau ketawa.

Kemudian, pada hari keesokannya Syaza telah ditembak tepat di kepalanya.

Ketika, beliau ditembak, matanya terbuka luas. Seakan-akan Syaza sedang memandang-ku. Dalam masa yang sama, darah keluar membuak-buak dari kepalanya.

Kemudian aku menjerit: Berhenti menembak! Anak aku telah mati! Anak aku telah mati!

Tetapi, adegan menembak tetap berterusan selama 10 minit lamanya!

Ini tidak lain dan tidak bukan, PA-lah dalang disebaliknya!” Inilah pengalaman ngeri yang masih segar yang terpaksa oleh dihadapi oleh Umm al-Mu’tasim.

Jenazah al-Marhumah Syaza al-Sabbagh

Namun, PA menafikan bahawa mereka terlibat dengan kejadian ini, malahan PA menyalahkan Kumpulan Pejuang di Jenin. Tetapi, PA menggelarkan Kumpulan Pejuang di Jenin sebagai ‘pemberontak’.

Situasi di Jenin & Tebing Barat

Angka di Tebing Barat

Sejak 3 tahun yang lalu, rejim Zionis Israel telah giat menceroboh kawasan Tebing Barat dan sejak meletusnya Peristiwa 7 Oktober 2023 (Taufan al-Aqsa), penjajah telah meningkatkan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.

Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (UNOCHA) telah merekodkan seramai 729 rakyat Palestin telah syahid di tangan penjajah Zionis. 63 darinya berasal dari Kem Jenin.

Namun, sejak Disember yang lalu kita telah lihat PA telah melakukan perkara yang kejam yang mirip seperti penjajah Zionis.

Hasilnya:

  • 12 orang menjadi korban
  • 600 telah ditangkap dan ditahan secara politik
  • 135 orang rakyat Palestin telah diseksa di dalam penjara
  • 2 kes pencerobohan hospital

Yang paling mengejutkan PA telah menggunakan jentolak dan kenderaan berat untuk merosakkan jalan perhubungan, malahan lebih dari itu PA telah memotong akses eletrik dan air, khususnya di Kem Jenin!

Mengapa Kezaliman PA berlaku?

Sejak tahun 1993 dan 1995 PA semasa zaman pemerintahan Yasser Arafat, telah menandatangan Perjanjian Oslo bersama Israel.

Antara perincian perjanjian tersebut ialah ‘Kerjasama Keselamatan’. Ianya bermaksud PA dengan bantuan dana dari Blok Barat, haruslah mengekang kebangkitan bersenjata dari rakyat Palestin.

Majoriti rakyat Palestin tidak bersetuju dengan Perjanjian Oslo ini, bahkan al-Syahid Saleh al-Arouri (Naib Ketua Biro Politik Hamas) telah mengatakan Perjanjian Oslo ini lebih malang dari Peristiwa Nakbah 1948.

Oleh itu, rata-rata rakyat Palestin membenci PA, malahan sejak meletusnya Taufan al-Aqsa, populariti PA semakin merudum teruk.

Oleh itu, bagi menambat semula kepercayaan dari Blok Barat dan penjajah Zionis, PA telah bertindak kejam dan zalim supaya terlihat mereka mampu mengawal keadaan di Tebing Barat.

Tetapi yang malangnya, PA terlebih dilihat tidak mampu melindungi pencerobohan dari pendatang haram yang merampas kawasan di sekitar Nablus dan banyak kawasan di Tebing Barat.

Namun, kita juga harus mengetahui bahawa Menteri Kewangan Israel yang ekstrimis iaitu Bezalel Smotrich telah mengugut PA, jika mereka tidak mampu mengawal kebangkitan rakyat Palestin, Israel akan menyekat dana kepada PA dan Smotrich juga telah mengugut untuk merampas kawasan Tebing Barat yang mereka namakan sebagai kawasan Judea dan Samaria.

Jalan Keluar Buat Rakyat Palestin

Sekali lagi rakyat Palestin berada di persimpangan jalan, adakah mereka mahu melihat Tebing Barat dirampas begitu sahaja oleh penjajah Zionis Israel yang tidak mengenal erti sempadan, atau mahu bangkit terus menentang penjajah.

Sejak 7 Oktober 2023, rakyat Palestin dilihat kali pertama bersatu dengan jitu menyokong saudara mereka di Gaza. Mereka juga percaya kebangkitan dan kemenangan tidak boleh dikecapi melainkan dengan tindakan bersenjata.

Namun, ada figura besar yang bernama Dr Mustafa al-Barghouti, seorang pejuang veteran di Tebing Barat dan juga merupakan Presiden Parti Inisiatif Kebangsaan Palestin.

Dr Mustafa al-Barghouti

Beliau menyuarakan rakyat Palestin harus bersatu dan hendaklah kepimpinan dari pihak PA dan Kumpulan Pejuang di Tebing Barat untuk mengadakan dialog kebangsaan bagi menyelesaikan isu yang dilihat semakin meruncing ini.

Ujar al-Barghouti lagi: “Aku tidak tega melihat darah anak serta pejuang Palestin jatuh di tangan sesama mereka sendiri”.

20 Januari 2025, Donald Trump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sudah semestinya situasi akan menjadi semakin runcing ketika Trump sudah naik secara rasmi.

Dalam masa yang sama, dikhabarkan gencatan senjata di Gaza dikatakan sudah dipersetujui oleh pelbagai pihak yang berwajib.

Sign up to discover human stories that deepen your understanding of the world.

Free

Distraction-free reading. No ads.

Organize your knowledge with lists and highlights.

Tell your story. Find your audience.

Membership

Read member-only stories

Support writers you read most

Earn money for your writing

Listen to audio narrations

Read offline with the Medium app

Anas Bad Latif
Anas Bad Latif

Written by Anas Bad Latif

Ulum Al-Quran | Usul Al-Tafsir | Tafsir Al-Quran

No responses yet

Write a response