MEMPERINGATI JASA AL-MARHUMAH DR. HIND SYALABI
(Artikel ini pada asalnya saya telah tulis di laman peribadi Facebook saya pada tarikh 23 Oktober 2020 dan pada 24 Jun 2021 beliau telah menemu Penciptanya, Al-Fatihah.)

Ustazah (Dr) Hind Shalabi, satu nama yang asing dan jarang didengari (khususnya yang menukil cicipan ini). Nama ini menjengah apabila sedang meneliti satu artikel Dr. Musaid At-Tayyar berkenaan Usaha Umat ini Dalam Membangunkan dan Mematangkan Ilmu Tafsir Zaman-berzaman. Oleh itu, awal perkenalan aku dengan Pakar Al-Quran dari Tunisia ini ialah beliau sudah mentahqiq dan menyunting manuskrip Tafsir Yahya Bin Sallam, begitulah yang tertulis dalam penulisan Dr. Tayyar pada nota kaki artikel beliau.
Tanpa membuang masa, saya membuat pencarian berkenaan wanita hebat ini, memang tak kalah latar belakangnya. Namun, yang membuatkan menambah keterujaan ialah kelantangan beliau terhadap Presiden Tunisia, Habib Bouirgiba, yang terkenal dengan Proses Pembaratan Tunisia (antara yang masyhur beliau minum secara live di TV sewaktu bulan puasa dan juga polisi beliau terhadap wanita di Tunisia). Bahkan, Parti Ennahda turut memuatkan dalam laman rasmi mereka, bahawa Hind Shalabi adalah orang yang pertama mengatakan TIDAK secara Lisan Al-Hal dan Lisan Al-Maqal kepada Presiden. Pernah dalam satu konferens (1975) beliau secara berdepan mengkritik Sang Presiden berkenaan polisi tentang Pakaian Muslimah dan Poligami (beliau sehingga akhir hayat tidak berkahwin).

Seorang yang lantang di medan sosial sebenar sudah tentulah lahir dari sosio-budaya yang hebat. Cukup jika beliau mendapat kehebatan dalam Lapangan Al-Quran setelah menuntut dengan Anak Tahir Ibn Ashur, iaitu Muhammad AlFadhil Bin Ashur dan juga Ayah beliau Syeikh Ahmad Shalabi.

Dr Hind Shalabi telah menginfakkan diri-Nya menjadi tenaga pengajar di Universiti Zaituniah dan juga telah menghasilkan beberapa buah buku di dalam lapangan Al-Quran:
1. التصاريف، تفسير القرآن ليحي بن سلام (تحقيق)
2. القراءات بإفرقية منذ الفتح إلى منتصف القرن الخامس
3. التفسير العلمي للقرآن الكريم بين النظريات والتطبيق