Tafsīr al-Bayḍāwī, Tafsīr Yang Melenyapkan Pengaruh Tafsīr al-Kashshāf & Fahaman Mu’tazilah Secara Total
1. Seorang tokoh tafsīr pada kurun ke-20M, al-Fāḍīl bin ‘Ashur, secara terang telah mengangkat Anwār al-Tanzīl karya al-Qāḍī al-Bayḍāwī sebagai tafsir yang paling sempurna.
2. Bahkan, lebih jauh lagi al-Fāḍil bin ‘Āshūr mendakwa al-Kashshaf telah menempah nama adalah melalui Anwār al-Tanzīl.
3. Manakan tidak, al-Dhahabī pengarang terkenal buku al-Tafsīr wa al-Mufassirūn telah meletakkan Anwār sebaris dengan al-Kashshāf, Tafsir Mu’tazilah.
4. Maka persoalan utama di sini ialah apakah signifkasi dan kerelevanan al-Bayḍāwī beserta tafsīr beliau, Anwār al-Tanzīl wa Asrār al-Ta’wīl, di dalam persada Tafsīr al-Qurān.
5. Kisah tentang kehidupan al-Bayḍāwī adalah sangat samar-samar, bilakah beliau dilahirkan, Tarikh wafat beliau secara tepat dan bagaimanakah perjalanan ilmiah beliau adalah suatu perkara yang kelam untuk dipastikan.
6. Suatu perkara yang ajaib -dan juga biasa berlaku pada ilmuan silam- al-Bayḍāwī tidak diberi perhatian pada zaman beliau dan yang ironi juga ialah penulisan-penulisan beliau boleh dikatakan sebagai best sellers dan telah dijadikan teks utama di pusat pengajian Islam.
7. Para penulis Mu’jam dan Ṭabāqāt pada kurun ke-8M, seperti; Tāj al-Dīn al-Subkī dan al-Ṣafādī, juga memberi gambaran yang samar-samar tentang al-Bayḍāwī bahkan tidak menyenaraikan ibu segala karya beliau dalam penulisan mereka, iaitu Anwār al-Tanzīl!
8. Namun apa yang dapat dipastikan ialah pada zaman al-Bayḍāwī sedang giat menulis tafsīr beliau, Para Ilmuan Sunni yang lain juga sedang kuat untuk membanteras dan menghalang pengaruh al-Kashshāf yang telah ditulis oleh seorang Mu’tazilah.
9. Maka, al-Bayḍāwī secara eksplisit telah menulis di dalam Mukadimah penulisan beliau tentang tujuan beliau iaitu: ‘untuk menghalang kesesatan (al-Kashshāf)’.
10. Sejarah telah mencatatkan tentang tokoh pertama yang telah memanfaatkan dengan sepenuhnya Anwār ialah al-Biqā’ī (W:885), pengarang tafsīr hebat Nazhm al-Durar.
11. Boleh dikatakan al-Biqā’ī adalah seorang yang kontroversial pada ketika itu, kerana telah berani melawan arus dan lantang menghalang al-Kashshāf dijadikan sebagai bahan tafsīr.
12. Bahkan, beliau telah memilih al-Bayḍāwī dan Anwār sebagai rujukan utama dalam menulis sebuah tafsīr yang mula dikarang oleh beliau dari tahun 860H hingga 875H.
13. Beliau juga secara jelas telah menulis pada mukadimah tafsīr beliau bahawa penulisan beliau ini adalah dibaca secara selari dan bersama dengan Anwār.
14. Inilah diantara jasa besar al-Biqā’ī kepada kita semua. Di dalam salah satu karya al-Biqā’ī yang bertajuk Izhār al-‘Asr li Asrār al-‘Asr, beliau telah bercerita kecintaan beliau terhadap al-Bayḍāwī dan tafsīrnya.
15. Beliau telah menceritakan bahawa dimana sahaja beliau berada, beliau akan bawa bersama denganya Anwār untuk mengambil ilham dan inspirasi darinya. Maka, al-Biqā’ī adalah yang pertama mengangkat Anwār namun usahanya belum mampu mengekang al-Kashshāf.
16. Selepas hadirnya al-Biqā’ī, Anwār telah digunakan, dibincangkan dan diḥasyiahkan dengan lebih meluas. Al-Suyūṭī lah tokoh yang sebenar yang telah menjadikan Anwār sebagai tafsīr yang juara dan menjadi titik utama dalam perubahan wacana tafsir.
17. Di dalam Nawāhid, al-Suyūṭī telah berkhidmat penuh pada Anwār dan telah meneroka pelbagai kehebatan di dalamnya dan menyatakan secara terang ‘Anwār adalah pengganti dan jaguh utama bagi Tafsīr Sunnī’.
18. Dengan jasa al-Suyūṭī telah membuka ruang dan jalan yang baru pada perubahan silibus yang digunakan di madrasah dan pusat pengajian Islam. Maka bermula lah era baru bagi kancah tafsīr dan Tafsīr al-Bayḍāwī.
19. Tokoh yang seterusnya dan ilmuan yang bertanggungjawab menguatkan lagi pengaruh dan keabsahan al-Bayḍāwī dan Anwār ialah Sheikh al-Islām Zakariyyā al-Anṣārī.
20. Beliau ada menulis Ḥasyiah ke atas Anwār; Fatḥ al-Jalīl bi Bayān Khafiy Anwār al-Tanzīl. Yang lebih signifikannya al-Anṣārī tidak langsung menyebut tentang al-Kashshāf di dalam mana-mana karya beliau, seolah² al-Kashshāf tidak pernah wujud.
21. Yang lebih signifikannya al-Anṣārī tidak langsung menyebut tentang al-Kashshāf di dalam mana² karya beliau, seolah² al-Kashshāf tidak pernah wujud.
22. Beliau juga telah mengangkat al-Bayḍāwī sebagai nāṣir al-dīn wa al-millah satu gelaran yang jelas memberi signal tentang keabsahan Anwār ke atas al-Kashshāf.
23. Setelah berlalunya masa, Anwār telah menjadi sebuah Tafsīr al-Qurān yang paling masyhur dan yang paling terutama. Sejarawan telah menceritakan tentang satu adat mulia yang telah dimulakan oleh Bangsawan dan Ilmuan Uthmaniyah.
24. Setiap kali Ramaḍān mereka akan membuat satu majlis ilmu yang dinamakan sebagai Huzur Dersleri, Ulama’ akan mensyarahkan tafsīr sambil dihadiri oleh Sultan dan para bangsawan, dan Anwār al-Tanzīl telah digunakan sebagai syarahan tersebut.
Begitulah pengaruh Anwār dan al-Bayḍāwī yang sangat luas… Sehingga datangnya Ibn Kathīr dan Tafsīrnya yang telah menukar wacana tafsīr ke arah yang lain…